Aku Sedang Rugi RM 1152. Kau pula?
Oleh aeropama pada Jul 19, 2008 Peribadi, motivasi, teknologi
Hari ini aku rasa sentap sedikit. Kelajuan internet agak perlahan. TMNet dan kelajuan talian macam siput memang tak boleh dipisahkan. Aku malas mau bertekak dan menulis tentang ini. Kalau mereka (kakitangan TMNet) sentiasa waspada tentang hal ini,pasti sesuatu dah dilakukan. Nampaknya sampai sekarang masih TIDAK!
Berbalik kepada tajuk entri, semalam aku buang masa 5 minit hanya untuk bayar tol berharga RM 1.60 sen. Nampaknya aku perlu tukar kaedah pembayaran tol aku dari secara semi-automatik (Touch n Go) kepada Smart Tag (automatik). Serik aku beratur menunggu pemandu yang gunakan Touch n Go; terkial-kial mengeluarkan kad, buka pintu (kes kereta Proton) dan sentuh kad. Buang masa aku! Masa 5 minit aku tu jauh lebih bernilai dari RM 1.60 sen.
Cemburu aku melihat kereta-kereta meluncur laju di lorong Smart Tag. Tak perlu nak berhentikan kenderaan, hanya perlu perlahankan kenderaan bila berdekatan dengan tol, palang dinaikkan meluncur laju kembali. Yang aku perhatikan, kebanyakan mereka yang gunakan kemudahan Smart Tag ini adalah pengguna kereta mewah. Orang kaya la… Mungkin kerana mereka mampu untuk beli alat Smart Tag ini. Tapi bagi aku itu bukan pokoknya. Bagi aku mereka tahu menghargai masa.
“Orang kaya guna duit untuk beli masa, orang miskin jual masa untuk dapat duit”
Berapa ramai antara kau yang masih bayar tol secara manual? Sanggup untuk beratur panjang? Aku jamin pasti ramai. Alasannya mudah. Tak nak bazirkan duit untuk beli alat Smart Tag dan kad Touch n Go. Kalau kau fikir kembali, kos yang aku perlu bayar untuk dapatkan kemudahan Smart Tag hanyalah RM 200 untuk seumur hidup penggunaan. Aku bazirkan 5 minit untuk bayar 1 tol didarab dengan 3 tol (anggaran bilangan tol yang aku tempuh setiap hari), jadi 15 minit aku bazirkan sehari. Jika di darab dengan purata 24 hari waktu bekerja, aku telah bazirkan 360 minit atau 6 jam. Aku tukarkan masa yang aku bazirkan ini dengan kadar bayaran yang aku terima untuk sejam iaitu RM 16. Jadi aku telah bazirkan RM 96 sebulan. Kalau untuk setahun RM 1152. Banyak nya! Tahi betul aku ni… Kenapa lah aku lambat sedar?
Memang terbukti masa itu emas… Banyak betul aku rugi. RM 1152 setahun. Kalau simpan lepas 10 tahun aku mampu pinang anak dara orang dah…
Siapa baca blog ini guna RSS Feeds, angkat tangan…
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur
- My New Car
- Stone Age?
- Elakkan Bangga Dalam Pembelian.
- Beli Kereta; Keperluan atau Prestij?
- Panorama KL Selepas Banjir
- Jimat, Bazir dan Keperluan. Apa Yang Aku Boleh Ajar Kau?
- Withdrawing Money From ATM
- Rakyat Malaysia! Di Mana Perikemanusiaan Kau?
- Selamat Tinggal 2008






July 19th, 2008 at 4:38 pm
aku setuju sangat pasal org yang hendak menggunakan TnG tu.. Tapi kadang² aku tgk lorong manual lagi laju flow nya dari lorong TnG..
Tapi untuk pengguna tegar TnG seperti kau aku rasa smart tag adalah amat berbaloi.. x gitu.. u had done the math, rigth..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:51 pm
yang selalu aku tengok, lorong manual banyak buang masa aku. serik… aku tukar ke TnG. pun slow gak. Serik… Pasni aku nak beli Smart Tag. Biar smooth sket perjalanan aku
[Balas Komen Ini]
July 19th, 2008 at 7:01 pm
hm.. betul juga.. (setelah mengira)
masa itu sangat bernilai dan aku rasa kau patut pakai Smart Tag.
oh.. (angkat tangan) :wink:
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:52 pm
masa itu emas kawan… kena hargainya
[Balas Komen Ini]
July 19th, 2008 at 7:27 pm
pakcik pon pakai semat tag.. senang.. cume geram kekadang tak perasan bateri semat tag abis…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:52 pm
Kool! Respek sama pakcik. Pakcik sedar lebih awal dari aku…
[Balas Komen Ini]
July 19th, 2008 at 7:37 pm
Wow. Banyak tu. Dalam jangka masa panjang, ia lebih menguntung kan. Tapi itu untuk orang yang guna hari-hari la. Kalau duduk kampung macam saya, tak berbaloi kot. He he.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:54 pm
mmg banyak rugi tu. kuala lumpur ni highway mana takde tol. asal highway, mesti ada tol. nak taknak kena ada smart tag jugak. taknak terperangkap dalam kesesakan di plaza tol
[Balas Komen Ini]
July 19th, 2008 at 7:50 pm
di KL mungkin. sebab kepadatan penduduk dan sentiasa perolehi teknologi baru dengan pantas.
tapi di JB aku setahu aku pakai touch ‘n’ go masih berbaloi.
rss feed!? ko rasa mcm mana aku dapat update dari ko eheh.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:55 pm
di jb jumlah highway bertol masih sedikit. aku punya TnG tak bergerak nilai di dalamnya masa aku dudk di ramunia. selalu aku ke JB.
terima kasih sebab langgan RSS Feeds aku. Aku juga melanggan RSS Feeds kau. Senang nak dapat update.
[Balas Komen Ini]
July 19th, 2008 at 8:19 pm
Haa.. pasal tol.. aku x mao ckp.. sbb aku naik moto nak pi keja.. pasal TMnuT.. ko mesti dah baca Lowyat forum.. bertukarlah kepada Jaring.. haha.. aku pakai broadband ni pon setelah survey.. so aku pakai Jaring, senang nak bayor.. topup jaring akaun setahun terus atau beerapa bulan… pastu just allocate je.. bayar broadband.. senang2.. hoho
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:55 pm
Aku sedang menunggu pihak TMNet masukkan line broadband peribadi aku. Cess… sgt lembab servis mereka
[Balas Komen Ini]
July 19th, 2008 at 10:10 pm
~ terpaksa guna cara manual sebabnya nak claim duit tol ngan boss. if guna touch and go, tak dek resit. cemana nak claim nanti?
setakat nie, g kerja tak lalu tol. so, cara manual mungkin effective untuk i untuk ketika ini. :) ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:57 pm
owh! bab ini mmg xboleh dipertikaikan. claim tu. susah juga kalau pakai TnG nak claim. takde bukti…
asalkan awak selesa untuk menunggu panjang di plaza tol, sila gunakan lorong manual.
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 12:23 am
huhu. byk jgk tu. sampai cecah seribu utk tol saje.
diya punya post terbaru..D64 : Tips Untuk Hadapi Komen “Sampah”
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:57 pm
cecah seribu untuk menunggu saja. belum kira kos minyak masa menunggu lagi. mahu pengsan awak bacanya nanti… :P
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 1:15 am
kalo ko tetiap hari menjenguk tol elok le ko guna smart tag…masa amat²amat²amat²amat² la bernilai…lagi² kalau dalam keadaan kecemasan…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:58 pm
aku setuju. lepas ni mmg aku akan pakai smart tag…
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 2:23 am
Memang orang kaya membeli masa, orang miskin menjual masa. Penganggur pula buang masa. Masa bagi orang kaya betul-betul berharga. Pendapatan mereka untuk 1 jam mungkin bernilai ribuan ringgit. Membazir masa bererti membazir duit.
puterabumi punya post terbaru..Berubah Demi Survival
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:58 pm
sangat setuju dengan statement kau. aku dah lama di ajar tentang benda ini. perbezaan mentaliti antara orang kaya dan miskin
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 6:33 am
pasal Tmnet tu mmg betul. satu mesia ade prob td.
pasal masa. oh begitu beharga. anda seharusnya mmg perlu bertukar ke smart tag. x mesti kereta mewah saje bole guna. yg bawak vios pun bole juga. ape masalah?
bunga-hati punya post terbaru..hari baik hati sedunia
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 2:59 pm
biasanya org fikir smart tag ni untuk org kaya. nak pakai kene bayar RM 200. bagi org biasa jumlah itu sangat banyak
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 8:15 am
aku angkat tangan. baru je subscribe aritu. best bace belog ni. entri ni ajar aku jadi berpandangan jauh. bukan sekadar isu masa dan smart tag semata2.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:00 pm
terima kasihkerana baca dan langgan RSS Feeds aku. aku sayang kau… wahahahah… :P
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 10:03 am
hehehehe. tempat aku masih blm ada tol yg banyak dan diharap terus tiada sebab mahal sgt dan dengan pengangkutan awam yang mmg the worse aku rasa tak berbaloi nak bayar tol dulu. ekekeke
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:01 pm
semoga tempat kau tidak dijangkiti oleh epidemik tol bro. bebanan tu ditambah dgn kos minyak yang melambung tinggi. sakit…
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 11:32 am
wah banyak tu…da boleh pinang anak dara org da…nath2 lani da ade anak da…muahahaha…
emmacommey punya post terbaru..selamat hari jadi abah…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:02 pm
tu la pasal. kalau saya save masa saya dan bagi reward kat diri sendiri sebanyak RM 16/jam, saya dah boleh kahwin lepas 10 tahun nanti. wahahahha :P
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 2:42 pm
hehehee!
saye x drive!
saye jln kaki!
jd perlukah sy menggunekan smart tag?
;p
[Balas Komen Ini]
!x0r@
membalas pada
July 21st, 2008 jam 10:07 am
saya pn jalan kaki jugak.. hehhehe
!x0r@ punya post terbaru..A Date With Nono
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:03 pm
awak jalan kaki atau awak dijemput oleh teman lelaki… keh keh keh :P
jln kaki satu senaman yang baik untuk tubuh badan. juga membantu mengawal berat badan… badan langsing kamu pun nampak cantik.
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 4:59 pm
BEtul tu pembaziran masa berlaku kat situ…tapi pembaziran masa ni kalau nak dikira tetap berlaku di dalam masa kita menjalankan kehidupan sehari-hari…cuma dengan berfikiran jauh macam ni mungkin kita akan lebih produktif dalam menjalani masa yang kita ada…
shila punya post terbaru..Bisikan Sepi
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:05 pm
org yang tahu hargai masa saja yang akan gunakan setiap saat yang dikurniakan tuhan untuk benda2 bermanafaat. tak mahu buang begitu saja. tu pasal saya tulis entri ini. untuk sedarkan kita betapa bernilai masa yang di bazirkan di plaza tol
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 8:24 pm
aku dulu pakai tunai takmo pakai tng dengan alasan takmo bagi cash kat company tng. tapi semenjak mbb bagi zing card, aku dah pakau tng. coming soon smart tag. hehe :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:06 pm
huhuuhu… aku dulu pakai manual sbb aku tak nmpk kepentingan TnG. bile beratur panjang semata-mata nak byr tol aku tukar ke TnG. azab beb beratur panjang dan lama.
skrg tak puas hati lagi sbb banyak buang masa nak benti dan tekan TnG. nak pakai Smart Tag lak.
[Balas Komen Ini]
July 20th, 2008 at 10:39 pm
Satu yang ko miss sham ko tak dapat tengok awek Toll yang cun dan sengih kat ko…..
hashim habeed punya post terbaru..DeMo-KeRaT-SiH
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
July 21st, 2008 jam 5:52 am
dulu aku pakai TnG..tp selepas beberapa kali lambat gi opis psl TnG nyer lane sangkut..n lorong manual lg pjg berjela…aku pon pakai la Smarttag tuh…skang ni perjalanan aku amat smooth kat jalan2 bertol…hehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:08 pm
hashim habeed: memang aku miss nengok awek cun kalau pakai TnG atau Smart Tag :( Tapi lagi sedih kalau gadis di sebelah aku pukul aku sebab nengok awek tol yang cun sengih kat aku dan aku balas sengihan dia.
|1f34|-|1r3: kool! kau pakai smart tag… respek2
[Balas Komen Ini]
samdaddycool
membalas pada
July 22nd, 2008 jam 4:43 am
kalo nasib baik.. kalo tak nasib baik.. muka macam cuka.. :D
samdaddycool punya post terbaru..Banyaknya duit!
[Balas Komen Ini]
July 21st, 2008 at 9:23 am
Kalau nak cepat smart tag memang sangat bagus…
Adry punya post terbaru..Apa yang berlaku beberapa hari lepas…
[Balas Komen Ini]
July 21st, 2008 at 10:15 am
akoo xperlu semua itu. dengan menggunakan superbike (mimpi je)… akoo lebih selesa menunggang moto dengan laluan berlopak. hahah!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:10 pm
aku amat tensen dengan laluan motor yang sangat teruk keadaannya, sakit bontot beb. terutamanya laluan motor di lebuhraya persekutuan. bila la pihak PLUS nak betulkan laluan motor tu kasi cun sket. mentang2 lah org yg naik motor tak bayar tol…
[Balas Komen Ini]
July 21st, 2008 at 10:22 am
kalau duduk kat bandar2 besar cam KL tu mmg ptt ler guna Smart Tag cz tol bnyk.kalau guna manual mmg lah slow..tp klu nak jimat lagi (kes kedekutlah ni)aku cadang naik motor..sure tak kena paper pun.hehehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:11 pm
saya ada moto juga. kalau rasa taknak tempuh jem, saya pakai moto. kalau cuaca buruk saya pakai kereta.
[Balas Komen Ini]
July 21st, 2008 at 2:08 pm
heheh..aku pun pakai smarttag…adakah aku golongan kaya itu..wahahaha amin… mmg save byk masa ooo..tambah kalo time balik raya…laju je meluncur..heheh ko cadangkan ko patut ada satu..murahje maa..
bash punya post terbaru..Peminat tegar…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:12 pm
semoga kau akan jadi org kaya yang tak takbur dan sombong. aku nak g beli smart tag selepas ni. sebab opis baru aku kene tempuh tol yang banyak. aduss…
[Balas Komen Ini]
July 21st, 2008 at 2:22 pm
betui la ko cakap. hari ni baru aku perasan… tapi kalau tak da tol lagi senang dan jimat… hehehe… tapi pada ketika dan saat ini, pada mata celik di alam maya yang fana itu, itu mustahil. tol tetap tol, bayar tetap bayar…
EbookFree punya post terbaru..My Space Promotion - Cash Explosion!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:13 pm
nak buat cmne. rakyat mahukan pembangunan kerajaan tak mampu tampung kehendak rakyat. jadi diberi kepada pihak swasta. tol jadi taruhan… terima je lah….
[Balas Komen Ini]
July 21st, 2008 at 3:02 pm
ish ish tak baik kutuk diri macam tu sekali syam. probably kita lambat sedar je… hidup ni senang je. it is all about how you manage your time and how you boleh relate it with time. and i concur with your words ““Orang kaya guna duit untuk beli masa, orang miskin jual masa untuk dapat duit””
masa itu emas kan? ;)
nono punya post terbaru..HOHO! ;P
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 21st, 2008 jam 3:15 pm
rasa kesal sebab ambil masa selama 25 tahun untuk sedar akan hal ini. banyak saya rugi tuh… heheheh :P
[Balas Komen Ini]
July 21st, 2008 at 6:02 pm
kat kelantan xde tol. sonang kje aku nak gi memana. haha.
[Balas Komen Ini]
July 21st, 2008 at 7:37 pm
beli ajelah satu syam! senang. aku tak perlu benda itu he!he! sebab aku terbang dengan sibiruku!
aliff punya post terbaru..Anak Melayu
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 23rd, 2008 jam 12:43 pm
wow! kau naik kapal terbang ek aliff. sangat kool! banyak duit tu. wahahahha :D
[Balas Komen Ini]
July 22nd, 2008 at 4:45 am
nasib baikaku duduk muar, tak tempuh tol. tapi semenjak 2 menjak asyik ulang alik gi kl seminggu 1 -2 kali, aku sentiasa guna mykad aku yg boleh t n g.,,
samdaddycool punya post terbaru..Banyaknya duit!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 23rd, 2008 jam 12:44 pm
yup… aku juga gunakan kemudahan TnG di MyKad aku. senang. tak payah beli TnG baru
[Balas Komen Ini]
July 22nd, 2008 at 4:47 am
nyeheheh!!
mmg lembab pun tmnet ni, dlu aku apply
mau sebulan..
upenye ejen aku lupe anta borang,
sikit2 bg tempoh seminggu..
tak pasal2 bertekak jap aku ngan ejen tu…
dua tiga ari lepas dah la slow giler…uwaaa
buang masa toll!!
ecahkoop punya post terbaru..riang ria training kitchen
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 23rd, 2008 jam 12:44 pm
sangat slow TMNet dan taliannya. Apa yang diorang buat pun aku tatau la. Huishh… tensen2
[Balas Komen Ini]
July 22nd, 2008 at 9:57 am
smart tag membantu bila raya..buwhahaha..tapi,time raya nak tiba ke smart tag pun udah berejam2…nie semua pasal orang beratur lorong tunai la….
tapi syam,aku suke ada lagi lorong tunai itu….cuci2 mata sambil pegang2 tangan awek tol yang cun putih melepak..kalau makcik,aku pakai sarung tangan sahaja…buwahahhahaha
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 23rd, 2008 jam 12:46 pm
ces… ko mmg lelaki normal yang suka ambil kesempatan. tapi secara tidak keterlaluan. hebat! :P
[Balas Komen Ini]
July 22nd, 2008 at 2:56 pm
huhu. betul, pakai la smart tag..
[Balas Komen Ini]
July 23rd, 2008 at 10:08 pm
masa itu duit!!!:)
setup TMNET mmg lembap, kat umah saya nipun, masa memula dkat sebulan baru ok.
JuliaNa punya post terbaru..Nilai Mendengar
[Balas Komen Ini]
August 8th, 2008 at 6:34 pm
“Orang kaya guna duit untuk beli masa,
orang miskin jual masa untuk dapat duit”
Hahahaha…ya laa tu kan,,aku sedang mengkaji,,bagaimana AKU AKAN MENYEWA SAHAJA MASA ITU UNTUK DUIT…kihkih…
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 12:48 pm
no offence to author =)
just something to add:
’sabar’ yg org miskin dpt dgn gadaikan masa tuk duit..
…
bila kul6.50ptg-kat red traffic light-driver kerete front row-green light-lmbt10saat nk angkt handbreak, masuk gear, tekan minyak, pusing stereng wat u turn-trus kne HON HON HON HON HON HON HONNNN ngn 7kereta…
knape?sbb driver lagi 7kete tuh, tak gne kan mase yg dorang beli tuh tuk pkir yg mungkin, driver yg telah hon berkali2 tuh ialah pakcik66thn.knape sbb dorang rse mse yg dorang bli tuh akan buat mreka muda selame2nye..
demi masa, sesungguhnya manusia kerugian…
wexeeda punya post terbaru..ati terase kecik… [???]
[Balas Komen Ini]