Aku Pengemis Di Negara Sendiri…Aku Malu!
Oleh aeropama pada May 14, 2008 Personal, motivasi
“Sesuap nasi disubsidi - Kerajaan belanja RM2.2 bilion setahun kawal harga beras”
-Utusan Malaysia, 14 Mei 2008
Korang dah baca berita muka depan Utusan Malaysia, 14 Mei 2008. Sedarkah korang, selama ini nasi yang korang semua makan adalah subsidi a.k.a ihsan dari kerajaan Malaysia.
Apa ni? Tajuk berita jenis apa ni? Aku rasa ini adalah berita mengarut yang disiarkan untuk menunjukkan betapa kerajaan Malaysia banyak berkorban dan memhabiskan berbilion-bilion wang ringgit untuk rakyatnya. Baiknya kerajaan aku! Mungkin ini adalah cara pihak akhbar untuk mensensasikan cerita dan seterusnya melariskan jualan akhbar mereka ataupun memang ia adalah salah satu propaganda kerajaan untuk meningkatkan populariti mereka sepertimana kebiasaannya. Lihat saja pada papan tanda sesuatu projek. Mesti ada ini “SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL”. Okay! Aku tak mahu ulas perkara tersebut lebih-lebih, nanti aku pula kena tangkap masuk lokap dan didakwa di mahkamah seperti saudara blogger kita Raja Petra a.k.a R.P.K.
Aku cuma mahu meluahkan apa yang aku rasa berkenaan tajuk berita hari ini. Aku rasa terhina bila membaca tajuk berita tersebut. Tersangatlah hina bang! Betul-betul hina akak oi! 25 tahun aku hidup makan nasi. Mak ayah aku bersusah payah kerja; keluar kerja gelap, balik kerja gelap. Untuk apa? Semata-mata nak cari duit beli nasi untuk besarkan anak-anak, tup tup hari ini aku baca berita, nasi yang aku makan selama ini adalah subsidi a.k.a ihsan kerajaan. Apa selama ni mak ayah aku tak mampu nak beli nasi ke? What the F**K!
Apa diorang ni tak ada modal lain ke nak buat cerita? Isu sebenar adalah isu pemberian subsidi padi. Janganlah buat cerita macam rakyat Malaysia tak mampu nak beli nasi sampaikan kerajaan terpaksa memberi subsidi.
Lagipun memang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan menjaga kebajikan rakyatnya. Konsepnya amat mudah. Macam konsep ibu-bapa dan anak. Ibu bapa dah ‘buat’ anak. Maka memang menjadi tanggungjawab mereka membesarkan anak mereka; bagi makan, bagi pendidikan, sediakan tempat berlindung (rumah), sediakan pakaian (takkan nak biar anak berbogel je) dan lain-lain perkara yang perlu. Begitu juga kerajaan sebagai ibu bapa kepada anak mereka (rakyat lah). Menjadi tanggungjawab mereka memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang selesa; membuat pembangunan, memberikan kemudahan pendidikan, menyediakan kemudahan asas, mengawal harga barangan keperluan seharian, memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik dan sebagainya. Jika tidak, buat apa rakyat membayar pelbagai jenis cukai dan mengundi, memilih parti mereka dalam pilihanraya dan membenarkan mereka membentuk kerajaan jika mereka tidak dapat membuat perkara-perkara tersebut.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu
- PM, TPM, Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan
- Orang Malaysia Makan…
- Kerana Si Kecil, Sahabat Aku Gadaikan
- Malaysia General Election 2008 Crushed by Tsunami
- Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi
- UiTM untuk Non-Bumi’s. Apa Pandangan Aku?
- Cerita-cerita Orang Offshore
- Melodi Christmas 2008
- Deal or No Deal






May 15th, 2008 at 4:02 pm
Memang mengemis lah kita..
Nasi cukup mahal kini..
Jom makan ubi dan keledek..
————————–
http://ligakampung.com/blog/2008/05/07/beras-oh-beras/
[Balas Komen Ini]
May 15th, 2008 at 4:51 pm
zool: hahaha, jd pengemis wlpn berduit. beras memang agk mhl sbb die dh jd komoditi. nak makn ubi dan keledek. brp lm perut ko boleh thn. mau ’sebu’ perut klu dok ngadap ubi dan keledek selama seminggu berturut2
[Balas Komen Ini]
October 25th, 2008 at 7:27 pm
Bila bagi duit kat rakyat je panggil subsidi, bila tolong rakyat je subsidi… Tapi bila buang duit berjuta2 utk F1 + projek mega tau pulak guna perkataan sponsor/pelaburan…
———————
Aku kecewa dengan blogstarz
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:21 am
sebab duit juta-juta masuk poket kroni. bagi kat rakyat, berapa sen yang dapat
[Balas Komen Ini]