Aku Adalah Seorang Jurutera
Oleh aeropama pada Oct 25, 2008 Peribadi, kerjaya, minyak dan gas
Nampaknya hampir seminggu blog aku ni terbiar. Tiada update terbaru. Komen-komen kau tak aku balas. Maaf! Aku sangat sibuk minggu ini. Betul-betul sibuk.
Minggu ini adalah minggu yang sangat meletihkan. Berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk mesyuarat di Petronas Penapisan Melaka selama 3 hari berturut-turut, orang muda seperti aku pun boleh bengkok badannya. Nampak gaya aku perlu lebihkan aktiviti senaman aku. Stamina mesti ditingkatkan.
Sudah macam satu budaya, mesyuarat makan masa berjam-jam. Boleh melarat dari pagi membawa ke petang. Sangat membosankan dan membuang masa. Buang masa untuk ucapan pembukaan yang berjela-jela dan diburukkan lagi, bila pihak pengelola tidak sediakan agenda mesyuarat. Macam tiada hala tuju langsung mesyuarat itu. Masa aku yang bernilai terbuang begitu saja.
Ciss… Jika aku jadi pengelola mesyuarat, agenda mesyuarat perkara utama yang aku akan sediakan. Sempurna dari A hingga ke Z tentang apa yang perlu dibincangkan. Jadi taklah mesyuarat hilang hala tuju.
Untuk menjimatkan masa, mesyuarat akan aku buat secara berdiri. Tiada kerusi empuk dan makanan serta minuman yang enak-enak. Kebarangkalian untuk mesyuarat jadi satu sesi berborak kedai kopi akan jadi lebih sikit. Maklumlah, mesyuarat dalam keadaan kurang selesa. Masing-masing akan lebih fokus pada agenda mesyuarat dan berharap mesyuarat dapat ditamatkan secepat mungkin.
Masa yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk tingkatkan produktiviti dan rancang pelan pembangunan syarikat pada masa hadapan. Itu lebih berbaloi.
ps: Mulai minggu depan, mungkin tiada update untuk seminggu. Aku ada kerja shutdown di Petronas Penapisan Melaka.
pss: Jadi jurutera memang palat. Walaupun bayaran diterima lumayan, tapi selalu kena cuci ‘tahi’ orang. Ptuih!
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Happy Birthday Girl
- Jika Aku Pemimpin Malaysia…
- New Theme New Service
- Jangan Jadi Penjenayah Servis!
- Jimat, Bazir dan Keperluan. Apa Yang Aku Boleh Ajar Kau?
- Aku Pengemis Di Negara Sendiri…Aku Malu!
- Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi
- Kawan… Penentu Hala Tuju Hidup Kau!
- My New Life in Ramunia
- Jurutera Sebagai Pasangan Ideal?

October 25th, 2008 at 10:33 pm
Kau jurutera yang berdedikasi..
ps : jana 200k/year xcukup ke beb?? masih xpuas ati jadi engineer?
Mr Am punya post terbaru..The word “genius” help me a lot
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:41 am
terima kasih atas pujiaan yg diberikan.
ps: aku masih belum cukup bagus untuk digelar sebagai jurutera. masih byk yg aku perlu pelajari.
pss: income aku belum cecah 200k setahun. kalau dah cecah, memang akan aku buat satu kenduri kesyukuran…
[Balas Komen Ini]
October 25th, 2008 at 10:44 pm
Wah, tuan punya blog nih jurutera rupanya. Hebat. :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:42 am
aiyaa… tiada yang hebatnya jadi jurutera. manusia sama sahaja. yang jadi beza pada iman & taqwa.
ps: saya lebih kagum pada doktor & cikgu :D
[Balas Komen Ini]
catzer
membalas pada
October 27th, 2008 jam 7:56 am
hahahaha..aku sokong akupun kagum dengan doktor dan cikgu..bukan sbb aku tak puas hati tak dpt jadi engineer tp hakikatnya mmg betul..Jadi engineer keje cuci tahi org ..kekek..rileks beb
catzer punya post terbaru..Manual Newbie - Tutor Pemasaran Internet
[Balas Komen Ini]
October 25th, 2008 at 10:45 pm
betul gak tuh..buat apa bayar mahal2 kalau takat utk buat keja..technician pun boleh buat hehe
zamz punya post terbaru..Musim Tengkujuh: Bagaikan Lautan
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:43 am
huhuhu… aku tak kisah sgt buat kerja orang lain. cuma kisah bila orang buat keje separuh jalan, pastu handover pada orang lain tanpa brief ape2 pastu last minute. memang tahi
[Balas Komen Ini]
ep_jb
membalas pada
October 28th, 2008 jam 9:49 pm
btol2 aku pon kalo owg buat camtu memang bengkek
ep_jb punya post terbaru..Malaysia lost penalti 5-6 to Vietnam!!!
[Balas Komen Ini]
October 25th, 2008 at 10:50 pm
aku bakal jurutera.. amin…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:44 am
semoga kau akan jadi jurutera yang dapat memberi sumbangan pada agama & masyarakat. amiin…
[Balas Komen Ini]
October 25th, 2008 at 10:57 pm
Aku x tau apa yg ko pening2.. dah kena bayar mahal mmg mcm tu kejenya.. lain la kalo ko nak duk melangut pc cam aku hari2.. naik bosan.. aku pon engineer (titlenya la) tp x buat pon keje2 engineer… Anyway, nikmatnya ko akan rasa dlm 5 tahun lg.. PERCAYALAH!!!
smaelz punya post terbaru..My All Time Favourite
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:00 am
jurutera hanya sekadar gelaran. secara basic kau buat kerja yang sama dengan orang bawahan kau. cuma title engineer tu melayakkan kau terima tanggungjawab yang lebih & membolehkan kau dimaki dengan sesuka hati.
ps: one day u’ll find the true meaning of the cartoon above
[Balas Komen Ini]
Mr Am
membalas pada
October 26th, 2008 jam 11:52 am
Status junior engineer mmg cam gitu eh?
ps: ko kira junior engineer lagi ke??
Mr Am punya post terbaru..Award from I.Z.Z.Y
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:06 pm
yup! secara prinsip aku adalah junior engineer… masih baru lagi
[Balas Komen Ini]
smaelz
membalas pada
October 26th, 2008 jam 10:21 pm
nga nga nga… aku pon nak merasai situasi di atas supaya aku lebih matang dlm pemikiran dan lebih alert dlm buat kerja.. aku ni jenis yg kdg2 bole leak.. sgt bahaya tuk jd engineer..
smaelz punya post terbaru..My All Time Favourite
[Balas Komen Ini]
smaelz
membalas pada
October 26th, 2008 jam 10:22 pm
*bole leka.. (pembetulan)
smaelz punya post terbaru..My All Time Favourite
[Balas Komen Ini]
October 25th, 2008 at 11:05 pm
tringin jadik engineer.. =( toing toing toing…
wexeeda punya post terbaru..Going for the final..
[Balas Komen Ini]
wexeeda
membalas pada
October 25th, 2008 jam 11:06 pm
kagum ngn engineer nie… so jgn tensen tensen ek….
wexeeda punya post terbaru..Going for the final..
[Balas Komen Ini]
aurorasaputra
membalas pada
October 28th, 2008 jam 11:44 am
kagum ke ngan engineer?
ntah lah..pd aku, engineer byk buat urusan management jek..
but, ko perlu tahu byk psl keje2 org bwh ko supaya ko xkena tipu..
n,mmg btul, byk keje ‘cuci tahi’ org jek..
tp, satu lah..
dah masuk bidang ni, nak tak nak kena ngadah je lah..
org nmpk keje engineer ni, mcm best, sbb kita hanya tgk luaran..
kdg sbb nmpk gaji besar. keta besar, nmpk mcm mewah..
tp, hakikat nye, yg dlm bidang ni..sakit kepala asyik nak tanggung kesalahan org..
hmm..kdg2, aku rasa jd ‘helper’ lg mudah..
[Balas Komen Ini]
wexeeda
membalas pada
October 29th, 2008 jam 12:56 pm
wex kagum ngn pengetahuan seorang engineer… ‘pngetahuan’ yg wex respect habis, pada wex…
mmg indah khabar dari rupe.. yg merasa lebeh mengerti, yg nampak hanye berimaginasi…
‘cuci taik’ mmg ‘busok tangan’.
yg ‘berak tak basoh’ tue plak ‘pem-busok’.. cube hang tunjuk balek ‘taik’ tue kat dorang.. mesti dorang pn termuntah tgk ‘taik’ sndiri..
wexeeda punya post terbaru..Going for the final..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:02 am
nak jadi engineer:
1. dapatkan ijazah dlm bidang kejuruteraan —> lesen untuk awak apply jawatan tersebut
2. tunjukkan kebolehan menganalisis & mengurus yang sangat baik
3. kena tahan mental & fizikal
[Balas Komen Ini]
wexeeda
membalas pada
October 29th, 2008 jam 12:45 pm
no 1 pn tak capai lagi… maka,..
wexeeda punya post terbaru..Going for the final..
[Balas Komen Ini]
October 25th, 2008 at 11:37 pm
igt org IWK dan SYABAS gak wei. dia org lg la cuci!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:03 am
IWK dah tak ikut jadual mencuci. macam mana tu? cisss…
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 12:30 am
hehe…sbr la wey..
kerja ma…
aku yg belajar pun bz..
apatah lagi ko yg keje..
callister punya post terbaru..I had a dream.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:04 am
hihihi… aku memang sabar. cuma terkadang bila kena cuci taik orang ni buat aku terEMO sket :P
[Balas Komen Ini]
callister
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:16 am
cit!!taik org wat pe ko cuci..
biar je la..
callister punya post terbaru..I had a dream.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 4:05 am
nak taknak aku kena buat jugak. kalau tak lagi teruk kena tembak dengan klien.
ps: dem… kenapa masih ada manusia yang suka ‘berak bersepah’? bencinya…
[Balas Komen Ini]
callister
membalas pada
October 26th, 2008 jam 4:39 am
huhu..kalo itu kes nya,tabahkn je la ati yer..sbr dude.
ps: maybe sb derang xpandai jaga kebersihan kot!! pengotor!
callister punya post terbaru..I had a dream.
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 12:31 am
Tension2 pun kalau datang Melaka tak jumpa aku kat tak guna gak Syam woit..
zool punya post terbaru..Printer HP Deskjet F4280, Pestabola Merdeka 2008
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:05 am
aiyaaa… aku memang nak jumpa kau. tapi nombor talipon takde. bagi aku no talipon ko. next week, seminggu aku ada kat sungai udang tu. boleh lepak pekena teh bergelas-gelas ama-sama
[Balas Komen Ini]
zool
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:46 pm
Ok aku dah hantar no aku kat emel gmail ko….
Check2 lah ek…
zool punya post terbaru..Printer HP Deskjet F4280, Pestabola Merdeka 2008
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 12:37 am
kartun tu kau lukis sendiri ke?haha aku cadang kalau kau nak bersara jadi engineer kau ambil upah lukis kartun untuk utusan malaysia.Sehari 1 kartun senang kan?
Aku doakan kau cepat naik pangkat.Senang sikit kerja kau.Mungkin dari cuci “tahi” kau hanya perlu pantau orang cuci “tahi” je.pun x best juga…
rham punya post terbaru..Mobile Number Portability?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:06 am
2 jam aku lukis kartun tu pakai photoshop. huhuhu… tapi aku kurang berminat untuk melukis kartun secara serius. so i’ll pass
ps: terima kasih atas doa kau. semoga begitulah hendaknya
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 12:42 am
biasa la….bigger payout…bigger responsibility…bigger non-sense…bigger bullshit…
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..WP : Upgrading to Wordpress 2.6.3 the easy way
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:06 am
huhuhu… adat jadi hamba tebusan yam. tapi kalau orang buat taik, kita pula yang kena cuci, memang berbulu kan
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:22 am
apa kata ko ikut pandangan bernas PE (pertama kali aku rasa cadangan dia btol2 bernas)…pegi belajar ngan org Syabas ataupon Indah Water…hehe
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..WP : Upgrading to Wordpress 2.6.3 the easy way
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 4:05 am
nanti aku apply buat course cuci ‘taik’ dengan diorang.
ps: ko perli aku ke apa ni? huhuhu
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
October 26th, 2008 jam 7:07 am
errr..perli ke? ntah…xtahu…
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..WP : Upgrading to Wordpress 2.6.3 the easy way
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 12:42 am
haish! meeting sambil berdiri?
*nak apply keje dgn syam ke tanak ni*
hoho… anda bagus.
::tumbs up::
aisyahkama punya post terbaru..NESCAFE KICKSTART is back! (Season 5 )
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:07 am
mari praktikal dengan saya. saya akan pastikan tamat temph praktikal, awak akan dapat belajar banyak perkara.
[Balas Komen Ini]
Mr Am
membalas pada
October 26th, 2008 jam 11:55 am
Woit syam.. klu electrical leh practical tempat ko x??
Mr Am punya post terbaru..Award from I.Z.Z.Y
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:07 pm
electrical? nanti aku tanya dekat bahagian E&I aku. diorang nak pakai budak practical tak.
[Balas Komen Ini]
Mr Am
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:12 pm
Okey cun.. tq..
Mr Am punya post terbaru..Win like a man, Lose like a man!!
[Balas Komen Ini]
bluesberry
membalas pada
October 29th, 2008 jam 3:21 am
nak practical jugak.. civil ada kosong..?
bluesberry punya post terbaru..pujangga anggerik..
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 1:27 am
semoga sucsess dgn kerjaya kamu beb!
chot punya post terbaru..fhoto blog!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:08 am
terima kasih chot. banyak yang aku perlu belajar, lagi-lagi dari otai macam kau.
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 2:05 am
katun tu mmg sgt comel!
err keje leklok~ haha
nak keje jadi suri rumah je la~ :P
Adila punya post terbaru..Waffle??!! waheee~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:12 am
aiyaa… penat hantar belajar jauh-jauh. nak jadi suri rumah je? rugi woo…
[Balas Komen Ini]
Adila
membalas pada
October 26th, 2008 jam 3:04 am
actly tak tau nak jadi ape hohoho
still cant make up my mind what i want to do after i grad xD
errr.. kena start thinking now =.= haha
Adila punya post terbaru..Waffle??!! waheee~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 4:09 am
kena rancang dan tahu hala tuju dari sekarang adila. takdelah masa dah grad nanti terkapai-kapai. tiada hala tuju.
lebih parah, tambahkan statistik graduan menganggur. haish….
[Balas Komen Ini]
smaelz
membalas pada
October 26th, 2008 jam 10:26 pm
yup.. kena merancang awal… at least ada hala tuju.. walaupon mula2 x masuk dlm bidang yg kita suka.. jd kita korek la byk2 pengalaman dan contact2 yg ada.. nnt bila ada peluang dpt la keje dlm bidang yg ko minat
smaelz punya post terbaru..My All Time Favourite
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 2:34 am
wohoo.. dahsyatnya!!
keep up, syam.
betul la senior aku cakap, zaman bekerja xseindah time study.
alone punya post terbaru..One Had Finished, More Yet To Come
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 4:07 am
thanks alone.
memang betul. zaman study kau masih punya masa untuk bergembira. zaman bekerja? masa itu ada tapi sangat terhad
[Balas Komen Ini]
JuliaNa
membalas pada
October 26th, 2008 jam 5:59 am
jika zaman study degree dulu memang banyak masa untuk bergembira..tapi di zaman study pasca degree..masa juga adalah terhad seperti orang yang bekerja..so, tak semua zaman study itu indah…namun, untuk mendapat sesuatu yang terbaik, kita perlulah korbankan banyak perkara kan syam?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:08 pm
yup! kadangkala kena korbankan benda yang sangat kita hargai untuk msa depan yang lebih baik. itu karma dunia ini juliana…
[Balas Komen Ini]
bluesberry
membalas pada
October 29th, 2008 jam 3:23 am
hik3.. ni ‘korban’ sedey ni…
huhuhu..cinta di bandar tasik selatan..
bluesberry punya post terbaru..pujangga anggerik..
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 3:22 am
To all engineers…
here somethings i would like to share to brighten up our days.
(i use it as my personal motivation as engineer)
”
The LIABILITY of the ENGINEER compared to men of other
PROFESSIONS is that his works are OUT in the open where ALL can s e e
t h e m . H i s ACTS, s t e p b y s t e p , a r e i n h a r d s u b s t a n c e .
He CANNOT bury his mistakes
in the grave like the DOCTORS.
He CANNOT then argue into thin air
or blame the judge like the LAWYERS.
He CANNOT, cover his failures with
trees and vines like the ARCHITECTS.
He CANNOT, screen his shortcomings by blaming
his opponents and hope people will forget like the POLITICIANS.
T h e E N G I N E E R
simply CANNOT deny he did it.
If his works DO NOT WORK,
h e i s D A M N E D . . .
On the other hand…
Unlike DOCTORS, he is NOT a life among the weak.
Unlike the SOLDIERS, destruction is NOT his purpose.
Unlike the LAWYERS, quarrels are NOT his daily bread.
To the ENGINEER falls the job of clothing
the bare bones of SCIENCE with life, comfort and hope.
NO DOUBT as years go by, people FORGET which
ENGINEER did it even if they ever knew.
Or some POLITICIANS put his name on it.
Or they credit it to some PROMOTER
who use other peoples’ money…
But the ENGINEER himself looks back at the unending stream of
GOODNES, which flows from his SUCCESESS with satisfaction that FEW
professions know, and the verdict of his fellow professionals is all the allocade he wants.
”
ps: to all engineers hope this help!
pss: to others profesions no offense.
psss: if u get offended somehow, hhmm.. what should i care?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 4:12 am
thanks for sharing a beautiful poem here. very very inspiring…
[Balas Komen Ini]
smaelz
membalas pada
October 26th, 2008 jam 10:30 pm
very good indeed! Example? I f I say KLCC, what name do you say first?
See, you won’t say the name of engineers that do the ‘magic’ at first.. Engineers won’t always look for glory, but satisfaction in creating better solution to every problems..
smaelz punya post terbaru..My All Time Favourite
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 4:48 am
hehe chill k…
saya lak macam x saba2 nak start keje…=p
tho i know i wont have as much leisure time as i have now..
Dulu tak silap mase tahun lepas sy attend satu program, ade sorang menteri ni bg talks pasal kerjaya dia ckap, “Dulu bila sebut study tuk jd engineer, semua orang kagum. Tapi sekarang bila cakap belajar engineer, org dh x heran. Bersepah-sepah. Cuma ade satu je golongan engineer yg org pandang tinggi. Those yg keje under OnG.”
Hehe..taktaula…=p
I know u have a big potential for a brighter future. Soo just do ur best now..
najlaa punya post terbaru..I Will STOP To Reduce My Stress…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:36 pm
sudah tidak sabar untuk start kerja dan berkhidmat pada masyarakat? itu sangat bagus.
tolong tamatkan pengajian awak dengan jayanya di sana dan balik ke malaysia okay. kami di sini perlukan khidmat doktor. dah tahap kritikal tenaga kerja yang bergelar doktor ni.
ps: saya tiada intention untuk jadi engineer selama-lamanya. kerja jd engineer ni pun untuk puaskan hati saya sebab penat belajar 6 tahun bidang engineering.
pss: i wanna be like NH. to be an employer not an employee…
[Balas Komen Ini]
aurorasaputra
membalas pada
October 28th, 2008 jam 11:52 am
aik?
kenapa lama sgt ko belajar bidang eng.?
bukan kos eng. 4 thn jek?
kalau matriks setahun, total sume, baru 5thn..
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 5:33 am
I guess thats why I quit engineering. I clean other peoples ass. Learning new things is fun, but everyday? You got to be kidding me.
Im better off with my passion, though I dont earn as much, at least I know, some day, when other machai engineers reached managerial level, I’m already in clouds. Good luck!
NoktahHitam punya post terbaru..I Miss You Jenny
[Balas Komen Ini]
Mr Am
membalas pada
October 26th, 2008 jam 11:59 am
Ko manusia hebat.. ko nye income aku rase lebih 3x income engineer..
Mr Am punya post terbaru..Award from I.Z.Z.Y
[Balas Komen Ini]
NoktahHitam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 7:22 pm
tgk bulan, kadang2 lebih, kadang2 kurang, kadang2 takde..
NoktahHitam punya post terbaru..I Miss You Jenny
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:38 pm
“…some day, when other machai engineers reached managerial level, I’m already in clouds”
dude! ayat ni memang tangkap dalam beb! memang betul apa kau cakap.
ps: someday dude. someday… aku akan pastikan aku akan berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kau.
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 6:35 am
Pernah tgk siri TV the big bang theory..?? aku quote satu babak dalam citer tu.. “Engineers are the Scientist B*tch..” haha..
FYI - aku bakal eng. gak.. InsyAllah..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:39 pm
semoga kau akan berjaya jadi seorang engineer yang akan menyumbang pada pembangunan agama & masyarakat
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 9:08 am
family sy rmi yg kerja engineer. paling best tgk sepupu sy yg keje kat miri. kak da kecik je orgnya tapi sgt sempoi. tak tahu la camne die bleh manage buat keje yg tak rmi org pempuan nak. :D
setiap kali syam jarang update, sy faham sgt syam sibuk :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:41 pm
sekarang semua gender sama. saya tak pernah anggap mana-mana engineer perempuan tidak mampu buat macam mana engineer laki mampu buat. saya layan sama rata je.
ps: i admire one of senior resident engineer in Petronas. She’s so wonderful & convincing…
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 9:41 am
owh! nasib baik mak aku suruh mengajar. jika ditakdirkan aku jadi jurutera, sudah tentu aku juga merasa kepalatan seperti yang ko rasa….
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:49 pm
mengajar memang satu kerjaya yang hebat. antara kerjaya yang aku admire selain dari doktor.
ps: hanya mereka yang berbakat saja mampu jadi pengajar
pss: aku tiada bakat untuk mengajar. senang nak temper jika orang yang aku ajar tak dapat meet my expectation
[Balas Komen Ini]
roshaizul
membalas pada
October 28th, 2008 jam 9:48 am
uih, aku pun takde bakat. pelan2 kayuh. mula-mula ngajo dulu pun menggigil aku depan student!
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 9:56 am
Kerja keras = hasil lumayan
Kerja ringan = hasil pun lumayan.
mana lebih adil? haha
Fahmishah punya post terbaru..Hari Tindakan Blog 2008, Blog Action Day 2008
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:50 pm
setiap perkara ada keseimbangan dalam dunia ni fahmi. mungkin sekarang kita susah, di masa hadapan dikurniakan kesenangan.
ps: tuhan itu maha adil
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 10:13 am
~ dulu2, ada la jugak teringin nak jadik engineer. tapi rezeki lebih ke design kot. so, amik design even i dpt top 10 dlm subjek2 fizik n kimia masa matrik.
so far, kerja as designer nih memang best’os la. asyik kena back up jer. hehehehehe… maybe diorg susah nak carik designer dlm malaysia kot.
tapi kan, gaji engineer memang lebih lumayan la berbanding designer. designer nih leh kaya if buat sendiri.. so, terima la seadanya apa yg diorg nak kata since kita nih makan gaji. :P ~
~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Sesi Jumpa Blogger ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:55 pm
dalam dunia saya, designer & engineer memang tak ngam. designer buat design ntah apa-apa. engineer pecah kepala nak jelmakan ke benda yang real. selalu ade pertengkaran & maki hamun di ditu. wahahahha…
ps: mana-mana kerja boleh buat duit banyak sebenarnya. yang penting usaha. even potong rumput pun boleh buat duit yang sangat banyak. saya tak tipu
[Balas Komen Ini]
~ mizzamy ~
membalas pada
October 26th, 2008 jam 4:09 pm
~ yup, no doubt bout that. designer tahu nak design cantik2 jer. and yg pening kepala, the engineer la kan. but, both have work together kalau nak success.. nasib la i lebih ke ID. mcm last year, i kerja more on product design. so, work with the engineer. diorg selalu jer wat muka kalau kitorg pass design yg wat diorg kena stay sampai kul 10-11pm. hehehehe…. ~
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 11:49 am
hehehe. takper. semua tu cabaran. yang penting ko bahagia disisi tersayang. :D
taukey punya post terbaru..Berita Lapuk Yang Baru Bagi Taukey Dot Com
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 2:02 pm
memang bahagia di sisi orang tersayang pun. wuhuhu…diorang lah yang buatkan aku masih mampu bertahan. yehaaa!
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 12:53 pm
“Engineers are problems solver”
[Balas Komen Ini]
Mr Am
membalas pada
October 26th, 2008 jam 1:20 pm
Ko sangat betul.. Aku setuju..
Mr Am punya post terbaru..Win like a man, Lose like a man!!
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 4:51 pm
banyak bz ek?
neway wish u best of luck..
biasalah kalo kije makan gaji..
terpaksa menahan mental dr di maki hamun..
Along Arman punya post terbaru..Sadness Never Ends
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 5:45 pm
jadi student ambik engineering pun rs nak mati.. apatah lagi jadi engineer.. uwaaaa.. scary..
nono punya post terbaru..haih~
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 5:45 pm
tp keja sbgai eng.sgt memening kan n memenatkan…kadang2 nak kluar jumpa kwn2 pun susah jg…rasa nya jadi student lg baik la…
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 5:59 pm
kau eng. mecha kan..patot pun..aku dulu dip dalam civil..kerja mengajar aku untuk tidak sambung dalam degree in civil…aku amik biz.sebab eng. kerap mengeluh..naik bosan aku..so,aku buat biz..belajar selok belok biz..insya Allah aku plak hire eng. utk kerja dengan aku..
-kerja mana yang tak palat.?
xmndfreakx punya post terbaru..Malaysia semakin Intelektual!!
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 6:42 pm
aku financial engineer. haha
apsal la ko tak dok je kat hotel kat melaka. kan ker senang. hehe :)
KNizam punya post terbaru..“Mengimbau Nostalgia 80an” di HotFM AM Krew Faizal & Fara !
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 7:36 pm
1. planning yang entah ape-ape dari pengelola. kejap macam tu kejap macam ni. nak book hotel takut tak dan pulak.
2. save budget kot. manager aku sendiri sanggup nak ulang alik. takkan aku anak buah dia nk lebih-lebih kot
[Balas Komen Ini]
KNizam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 7:52 pm
aku rasa ko patut carik hotel rm100 je. duit minyak ngan tol pun lebey kurang je ulang alik. plus saved time and energy. hehe
KNizam punya post terbaru..“Change Climate Programme” from Setia Alam Welcome Centre
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 6:44 pm
aku kalau aku chair meeting sure focus. haha takde masa la nak intro2 neh. terus masuk agenda je.
tapi kalau aku yang attend aku wajib bawak laptop. nak buat kerja lain masa orang lain membebel. hehe
KNizam punya post terbaru..“Mengimbau Nostalgia 80an” di HotFM AM Krew Faizal & Fara !
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 7:38 pm
akhirnya ada gak orang yang komen pasal tatatertib mesyuarat nih.
tapi memang dah jadi budaya la bro, meeting intro jela-jela. tensen lak aku. pastu bincang melarat-larat. bukan nak cari solution, tambah lagi problem ada la.
ps: aku tahu kenapa kau bawak laptop. sebab senang ko nak update blog. itulah kerja yang kau buat kan. wahahaha
[Balas Komen Ini]
KNizam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 7:52 pm
tu la kan. aku memula keje memang paling anti dengan orang tak reti masuk meeting pastu membebel ntah hapa hapa. haha
eh betul! susah update blog lagi best kan. dapat gak duit. hehe
mana ade weiiI! haha check emails ngan update kerja2 lain la. haha
KNizam punya post terbaru..“Change Climate Programme” from Setia Alam Welcome Centre
[Balas Komen Ini]
October 27th, 2008 at 12:15 am
kena folow twitter ar sepanjang minggu nie..hoho
[Balas Komen Ini]
October 27th, 2008 at 2:28 am
owh… sabar sabar… nanti kalau duit dah cukup buat bisnes lak… takyah jadi kuli orang kan…
aku setuju bab takyah sedia makanan dan minuman tu… nanti banyak borak kosong dari yang dimesyuaratkan…
Drive carefully bro… i’ll wait for your update…
Adry Sabry punya post terbaru..What with the eyes?!
[Balas Komen Ini]
October 27th, 2008 at 7:57 am
erm..aku rasa ko tetap akan thn lama jadi engineer..sbb niat tu kena betul..kalau betul apa dugaan pun rileks jerk..
catzer punya post terbaru..Manual Newbie - Tutor Pemasaran Internet
[Balas Komen Ini]
October 27th, 2008 at 9:28 am
Bz betol ko ek syam…
takper..slow slow k…
ko beli gegula byk sket..
masa meeting ko mamam ar gegula..
takder lar ko bosan sgt..
muekekekeke
Heartless Devilish @ Reen punya post terbaru..Hari Kekenyangan~
[Balas Komen Ini]
October 27th, 2008 at 12:30 pm
owh…kehidupan memang meletihkan…tp kalo tibe2 xde keje nak buat…mcm kosong je kehidupan…huhu
[Balas Komen Ini]
October 27th, 2008 at 9:14 pm
huhu..alaahai. kerja kan bro,tak boleh nak buat apa;)mm tp mesti enjoy walaupun penat..hihi
sila bersenam ok;)
p
Princess Liyana punya post terbaru..Marilah Menjaga Kecantikan;)
[Balas Komen Ini]
October 27th, 2008 at 9:33 pm
Kak tie memang respect engineers ni..masa dulu gi library biasa lepak kat level engine. So tengok budak2 tu mcm berasap je kepala mereka..hi hi…
Tie punya post terbaru..Tag dari Nrina (dahsyat tul!!)
[Balas Komen Ini]
October 28th, 2008 at 12:53 am
bekerja di syarikat besar memang macam tu lah. makin banyak mereka buat duit, makin banyak pembazirannya. aku tak tahu apa tujuan mereka.
sebelum ini aku jurutera IT, merangkap keseluruhan ICT di salah sebuah syarikat limbungan kapal dibawah naungan PETRONAS juga.
selama aku bertugas sebagai jurutera memang menjadi tugas berat terhadap kes-kes yang agak berat dan perlukan komitmen untuk kesana kemari sehingga ke Turkmenistan (betul ke eja!?).
yang aku tak puas hati apabila sesetengah (blh katakan selalu) meeting macam sesia seperti apa yang kau sampaikan. terasa useless dan membazir!
megat punya post terbaru..Tidakkah Kau Nikmati Hidup Ini Sepenuhnya!?
[Balas Komen Ini]
October 28th, 2008 at 10:28 am
orang gomen nk abiskan bajet pergi mnesyuarat rakan seoffice nun jauh di Langkawi.
Office bertingkat²….otak beku tak dapat idea fresh kot..
Kujie punya post terbaru..Saratnya kenangan
[Balas Komen Ini]
October 28th, 2008 at 11:43 am
Meeting ….
Take minutes…
Waste hours……
Hakikat.
hashim habeed punya post terbaru..Saman
[Balas Komen Ini]
October 28th, 2008 at 11:58 am
hmm..jd engineer bidang Oil n gas ni mmg ginilah..
ko tanye lah mana2 engineer oil n gas, mmg ini juga yg akan ko hadapi..
bila ko dah masuk dlm lubang ni, walau pahit mana pun, ko payah nak kuar..
walau ko kena cuci tahi beribu kali pun, aku percaya, ko syg nak kuar dr bidang ni..
hmm.. itu yg aku hadapi sekarang..
[Balas Komen Ini]
October 28th, 2008 at 12:52 pm
hoho..memang palat ker?
takpe. tahankan aje. cukup 10-20 tahun. Cari keje lain..
appleblogger punya post terbaru..Did you use ImageShack?
[Balas Komen Ini]
October 28th, 2008 at 4:32 pm