Tentang Aku

Ini bukan kesinambungan dari penulisan aku yang lepas. Ini adalah tempat untuk aku paparkan hasil fotografi aku yang tak seberapa.

Mungkin di mata aku, fotonya nampak cantik tetapi di mata kau, ianya mungkin amat huduh sekali. Bagi aku fotografi adalah subjektif. Yang penting adalah apa yang aku/kau mahu ceritakan melalui foto itu.

Aku amat harapkan kritikan yang berunsur membina dari kau, kau dan juga kau yang mengganggap diri sebagai otai dalam fotografi. Aku manusia yang cetek ilmu dalam bidang ini. Bukan merangkak tapi meniarap. Ajarkan aku kerana aku dahagakan ilmu dalam bidang ini.