5+1 Tips Untuk Berjaya Sebagai Mahasiswa
Oleh aeropama pada May 14, 2008 motivasi
Tak lama lagi, bulan Julai 2008, adalah bulan kemasukan pelajar baru ke institut pengajian tinggi (IPT) tak kira awam atau swasta. Tiada banyak beza pun antara darjat IPTA dan IPTS. Yang menjadi beza, adalah kosnya. Jika dahulu, mungkin ada perbezaan darjat antara graduan IPTA dan graduan IPTS kerana graduan IPTA mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat kerja selepas tamat pengajian. Sekarang, tidak lagi kerana apa yang di titik beratkan oleh majikan, selain keputusan akademik yang baik (kalau terlalu baik, lagi besarlah peluang), ’soft skill’ yang tinggi di kalangan calon menjadi pilihan mereka (pengalaman sebenar sebab aku pernah menganggotai panel pemilih).
Kepada yang berjaya masuk ke IPTA, aku ucapkan T.A.H.N.I.A.H. Kepada yang berjaya masuk ke IPTS, aku juga ucapkan T.A.H.N.I.A.H. Kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih dan kecewa. Tak perlu rasa anda adalah L.O.O.S.E.R. Anda masih mempunyai peluang untuk masuk ke IPTA melalui STPM (bagi mereka yang gagal masuk melalui SPM), tu pun kalau anda sanggup nak sarung uniform sekolah lah, ataupun kalau ibu bapa anda banyak duit, sanggup untuk tampung perbelanjaan anda, anda boleh memohon untuk melanjutkan pengajian anda di IPTS. Kalau anda nak masuk IPTS, aku rekemen anda masuk UNITEN, MMU dan UTP sebab ketiga-tiga IPTS ni, graduan mereka mempunyai nilai pasaran kerja yang tinggi.
Sebab aku adalah seorang yang pernah bergelar ‘mahasiswa’ selama 4 tahun di IPTA (kalau tak, macam mana aku boleh jadi jurutera), aku nak kongsi sedikit skill atau teknik kejayaan aku menamatkan pengajian di universiti, bukan ‘grad’ cukup-cukup makan beb, 2nd class upper dalam bidang kejuruteraan mekanikal tu. Kira cukup ‘power’lah sebab bidang kejuruteraan adalah bidang yang amat susah. Fizik, Matematik Tambahan dan Kimia adalah asasnya. Paling susah, subjek Dinamik dan Thermodynamic. Boleh gila kalau tak pandai ‘handle’. Bukan aku nak cakap bohong, anda boleh tanya mereka yang pernah amik bidang kejuruteraan. Subjek-subjek tu lah subjek pembunuh masa depan mereka yang bercita-cita nak jadi jurutera mekanikal.
1. Pilih bidang yang sesuai dengan minat anda.
Ya. Ini adalah perkara yang paling utama. Jangan berangan anda nak berjaya dengan cemerlang kalau anda tidak ada minat dengan bidang yang pilih. Bohong aku katakan, ada orang yang ‘grad’ dengan CGPA 4.0 (marvelous) tapi bila ditanya rahsia kejayaan, dia akan cakap “Sebenarnya saya tak berminat dengan kursus yang saya pilih ni, saya belajar pun sebab keluarga saya suruh saya ambil kursus ni”.
2. “Kursus yang aku pilih ini adalah masa depan aku”
Tanamkan di dalam kepala otak anda ‘tagline’ ini dalam-dalam. Kursus yang anda pilih di universiti menentukan apa yang anda akan jadi bila anda menamatkan pengajian. Universiti adalah jalan mati. Tiada perkataan patah balik dalam kamus kehidupan kampus. Apa yang anda pilih, itulah anda di masa hadapan. Jika anda memilih kursus perubatan, anda akan jadi DOKTOR, kalau anda pilih kursus perakaunan, anda akan jadi AKAUNTAN. Itu adalah resminya. Kita boleh ketepikan kata-kata orang lain, “Ada juga orang yang ambil bidang lain, kerja lain”. Memang benar, tetapi peratusannya terlalu kecil dan boleh diabaikan. So, move on with this tagline inside your head!
3. “Mulut tu jangan macam mulut kerang”
Anda tahu macam mana mulut kerang. Mulut kerang ni punyalah payah nak buka. Kalau korang cuba buka dengan tangan, comfirm berdarah tangan korang. Jangan berat mulut untuk bertanya pada pensyarah anda tentang perkara yang anda tak tahu walaupun bila anda menimbulkan persoalan tentang sesuatu perkara, akan ada suara-suara sumbang kedengaran “Hek eleh… Mende simple macam ni pun, dia tak tahu”. Pedulikkan! Yang pandai itu anda, they still stupid as they were. Anda kena ingat “Question is Answer”. Makin banyak anda bertanya, makin banyak jawapan dan ilmu yang anda dapat.
4. Fahami konsep permarkahan sesuatu subjek, kemudian susun strategi pembelajaran anda
Ini adalah rahsia cara pembelajaran aku. Jujur aku katakan, aku bukan ulat buku. Aku bukan jenis orang yang study tiap-tiap hari. Cukup bagi aku study dalam kelas saja, abis kelas aku pergi merayau dengan kawan-kawan. Hujung minggu, memang aku tak lekat rumah. Pergi dating, lepak kat shopping complex, tengok wayang dan macam-macam lagi. Student life aku memang hebat! Perkara pertama yang aku buat di awal pembelajaran, aku akan lihat peratusan permarkahan yang digunakan oleh pensyarah. Di tempat aku belajar dahulu, biasanya permarkahan diberikan 60% untuk ‘carry mark’, 40% untuk ‘final exam’. Macam mana aku nk ’score’ untuk subjek tersebut kalau begitu gaya permarkahannya? Aku akan ’score’ gila-gila pada ‘assignment’, ‘test’ dan ‘quiz’ yang diberikan. Untuk ‘test’ dan ‘quiz’, memang senang nak ’score’ sebab topik yang akan disoal biasanya tidak sebanyak topik untuk ‘final exam’. Jadi tak perlulah nak ’study’ sampai larut malam. Kalau anda boleh dapat 50/60 untuk ‘carry mark’, anda sudah pun lulus untuk subjek tersebut. Tak perlulah untuk ’study’ gila-gila untuk final exam, cukuplah sekadar untuk mencantikkan gred anda saja.
5. Bina hubungan yang baik dengan pensyarah
Orang cakap ini adalah ‘kipas atau bodek’. Bagi aku, memang perlu untuk anda kipas atau bodek pensyarah anda. Jangan terkejut jika aku cakap, terdapat pensyarah yang memberi markah lebih kepada pelajar kesukaan mereka. Ini adalah realiti. Bukan saja di zaman belajar, bila anda memasuki dunia pekerjaan, mengipas dan membodek memang perlu untuk anda berjaya. Masa awal-awal aku belajar, aku tak praktikkan benda ini sebab aku fikir mengipas atau membodek tiada hasilnya. Aku boleh berjaya atas usaha dan kepandaian aku. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Aku pernah ’score’ 58/60 untuk ‘carry mark’ dan aku rasa aku sudah menjawab soalan ‘final exam’ dengan cemerlang, akhirnya bila keputusan keluar, aku cuma dapat D. Untuk dapat D, markah mesti dalam julat 40-50%. Mana hilang 8% markah aku. Sebabnya mudah. Pensyarah tu tak suka dengan aku, maka dia bagi aku markah sekadar lulus saja. Masa aku belajar untuk ijazah, aku ‘ngam’ dengan seorang pensyarah. Untuk subjek dia, orang lain sekadar dapat B atau B+, aku pula dapat gred yang paling tinggi A-. Gempak! :D
6. Kena tahu sedikit kemahiran meniru
Uh Huh… Yang ini aku tak berapa galakkan anda semua ikut. Tapi inilah realitinya. Kalau anda pandai meniru, pandai cari rakan subahat untuk meniru, anda boleh dapat markah yang gempak. Aku dan kawan-kawan aku memang selalu praktikkan kaedah ni. Sebelum ujian, kitorang dah tetapkan, siapa yang akan menjadi sumber rujukan semasa ujian. Kemudian kitorang akan ‘booking’ tempat paling belakang di dalam kelas, semua orang akan duduk berdekatan dengan ’sumber’ dan bila ujian bermula… (sendiri fikirlah ye. Hihihihi…) Perlu diingatkan, praktikan kaedah ini ketika menghadapi ‘test’ saja, jangan pula ketika ‘exam’ korang buat. Kalau kena tangkap, NAYA je. Mau kena gantung 1 semester beb.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- My Latest Artwork
- Belajar Untuk Berjaya. Fahami Prosesnya!
- How to Change Your Blogger’s Theme…
- 9 Tips Untuk Berjaya Dalam Temuduga
- Blogger in Draft…Must See
- Antara Google Map dan Alat GPS
- Invention of The First LASER…
- Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2
- Powerful Words…Must Read!
- Meniti hari-hari terakhir di IPT






May 15th, 2008 at 12:22 pm
hmm, masuk universiti skill paling utama ialah survival untuk hidup.
lulus itu kira usaha.
banyak dugaan dan iman sentiasa dicabar.
apa yang kau bentang itulah survival skill aku juga… aku lulus second upper juga..
[Balas Komen Ini]
May 15th, 2008 at 1:26 pm
fusarium solani: aku setuju dgn kt ko “masuk universiti skill paling utama ialah survival untuk hidup” sbb aku ngk ramai kwn aku especially dr kg, tak leh survive sbb culture shock. kesian beb. smpai tipu org tua n org tua diorg mati2 ingt ank diorg blaja lg. padahal anak diorg dh kne kick dr u. kantoi time konvo sbb ank2 org len sibuk konvo, anak die x g konvo.
[Balas Komen Ini]
May 15th, 2008 at 4:06 pm
salam …
kak pB tak pernah merasa belajar kat U nie..
sedih la pulak rasa
tapi syukur sangat , sebab , walaupun tak pernah jejak kaki kat U , kehidupan alhamdulillah …
reseki tu Allah yang beri ..
Alhamdulillah
psst…pC dah ok ker?
[Balas Komen Ini]
May 15th, 2008 at 4:59 pm
kak pB: jgn sedih kak pB. kak pB msih tak terlmbat utk merasa masuk u. boleh amik kursus PJJ atau kursus secara sambilan.
bg sy, segenggam ijazah bknlah penanda org itu adalah bijak. ianya sbg tanda org itu berkelayakan utk membuat keputusan yg kritikal (itu pendapat sy). yg penting, menuntut ilmu tiada tamatnya!
[Balas Komen Ini]
July 1st, 2008 at 1:32 am
wahh. entry yang sangat bagus untuk pelajar macam saye ni. Ye betol Physics dan Calculus tu memang kadang-kadang boleh bikin gile. Huhuhu.
Eloklah saye jumpe entry ni. Sem baru pun dah nak start. 2 sem yang lepas terlalu hambar bagi saye. Semoga dapatlah saye susun cara strategi belajar dengan lebih baik sem depan ni.
Thanks Syam. :)
[Balas Komen Ini]
July 1st, 2008 at 9:26 am
Princess Azi: saya doakan awak berjaya dalam bidang yang awak pelajari. Amin
[Balas Komen Ini]
September 15th, 2008 at 8:46 pm
bro,
bro grad univ mane bro??
dr pembacaan td,mcm agak sng nk score kt univ bro sbb carry mark 60% n final 40%
tmpt sye bljr carry mark 40% and final is 60%
cmne nk score bro?ade tips ag??
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 15th, 2008 jam 10:31 pm
saya graduan ITM. tak gempak pun :roll:
sebenarnya untuk score bergantung pada cara penerimaan kita. lepas ni saya akan bantu awak dgn terbitkan beberapa teknik pembelajaran saya ok! :up:
[Balas Komen Ini]
September 17th, 2008 at 2:54 am
wahhh
trime kaseh bro,
saye mmg ngh amek degree nih..
pening pale bro..
bro ajar tips2 nk sng phm konsep tuh bro..
haha
biase ahh kn enggrg kene phm konsep..
((=
thx btw bro
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 2:09 pm
aiSya skang kat asasi uia amek enginrng.sya konpius antara nak trus kat uia ke nak g utm.orng ckap job market untuk engin kat utm lg gempak dri uia.tlg kasi pendpat ckit bro.plz..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 9th, 2008 jam 2:25 pm
memang saya akui ada benarnya industri memilih calon untuk mengisi kekosingan jawatan berdasarkan university. tapi itu bukan faktor utama. yang penting kelayakan akademik (CGPA) mencukupi & awak punya personaliti & kredebiliti yang menarik
ps: FYI, saya adalah graduan engineering UiTM yang dianggap cikai oleh kebanyakan rakyat. tapi saya yakin dgn diri saya. hasilnya dalam 7 temuduga yg saya pergi tiada satu pun yang saya gagal & kesemua syarikat tersebut adalah syarikat ternama di negara kita.
pss: saya pernah bersaing dalam temuduga dengan graduan engineering oversea, UM, UTM, USM, UIA dll utk kekosongan yang amat limited. tapi masih berjaya juga.
psss: yang penting bila awak mencari kerja nanti adalah kebolehan awak menjual diri awak… gud luck!
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 2:56 pm
tima kaseh bebnyak
[Balas Komen Ini]
December 22nd, 2008 at 11:56 pm
salam.. erm.. ak ni amk medic kt one of u kt egypt..egypt tmpt ak blaja ni, no quiz, no test n no assignment.. n need to hafal 100% from d`book.. cmne ek lgkh terbaik utk ingat smua muscle2 n bone2 yg pnye la byk kna ingat..n da la dkt2 plak tu.. tolong lorrr.. law bleh anta kt email ak.. ak mmg desperate sgt nih..
[Balas Komen Ini]