1st Class Facilities 3rd Class Mentalities

Negara kita mempunyai fasiliti antara yang terbaik di dunia. Boleh dikatakan setanding dengan apa yang negara-negara maju ada. Bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi belaka (KLCC dan Menara KL), LRT, monorail, keretapi elektrik, roda Paris ‘Eye of Malaysia’, tandas awam automatik dan juga parking berbayar secara automatik juga. Tetapi malangnya apalah makna semua itu jika penggunanya terdiri dari manusia yang mempuyai fikiran kelas ketiga. Tak setaraf dengan fasilitinya yang berkelas pertama.
Cuba anda lihat di dalam tandas awam sahaja. Bagaimana keadaan mangkuk tandas tempat anda melepaskan hajat. Dah jadi macam tong sampah. Penuh dengan tisu-tisu tandas dan juga kotak serta puntung rokok. Yang paling malang ‘tahi’ pun ada! Tak di’flush’ oleh pengguna yang membuang ‘tahi’ itu! Apalah nak jadi? Dah lah mangkuk tandas tu dijadikan tong sampah, lepas tu malas nak ‘flush’ pulak. Di campur pula dengan kata-kata lucah dan makian yang terpampang di sebalik pintu dan dinding tandas. Tak sanggup saya nak tulis di sini. Agaknya macam tu lah apa yang diorang buat kat tandas di rumah diaorang kan? Cubalah hargai apa yaang telah pihak berkuasa sediakan. Ini baru cerita pasal tandas, belum cerita pasal kemudahan yang lain pulak. LRT yang penuh dengan contengan di tempat duduknya, tempat duduk bas yang penuh dengan lukisan yang terlalu abstrak sampai saya sendiri tak dapat nak tafsirkan.
Nak diceritakan pasal etika. Oh tuhan! Rakyat Malaysia yang digembar-gemburkan sebagai rakyat yang bersopan santun sebenarnya tidaklah seindah yang dikhabarkan. Ini berlaku di depan mata saya sendiri tadi. Ketika saya sedang beratur untuk membeli tiket LRT Putra di KLCC dalam keadaan barisan yang teramatlah panjang. Tiba-tiba datanglah seorang ‘mamat’ ni dengan selambanya memotong ‘Q’. Nasib baik yang jadi mangsanya bukan saya tetapi ‘awek’ yang comel lote selang 2 orang di hadapan saya. Kalau tidak dah lama dapat penutup mata ‘free’ mamat tu. Apa ini? Di manakah perikemanusiaan dan timbang rasa rakyat kita. Seorang lelaki yang gagah tapi sanggup mengambil kesempatan terhadap perempuan yang lemah dengan memotong giliran wanita tersebut. Teruknya…..
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>